Polis siasat video tular dua lelaki di pukul guna getah paip - Utusan Malaysia

Polis siasat video tular dua lelaki di pukul guna getah paip

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat insiden dua lelaki dipukul menggunakan getah paip dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ini termasuk mengesan dua lelaki yang terlibat memukul mangsa.
Pihaknya kata beliau, mengesan video 54 saat itu yang menunjukkan dua mangsa dipukul menggunakan getah paip serta ditendang oleh dua orang lelaki dengan disaksikan enam individu lain, semalam.
“Isi kandungan video itu didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.
“Satu laporan polis dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menyiasat video berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohamad Zainal, siasatan akan menjurus kepada individu yang terbabit dalam video berkenaan.
“Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 342 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video itu di media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya