Nurul Izzah tinggalkan Permatang Pauh? - Utusan Malaysia

Nurul Izzah tinggalkan Permatang Pauh?

Nurul izzah
NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan tidak bertan­ding di kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Walaupun belum mahu mengumumkannya secara rasmi, anak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, beliau hanya mengikut keputusan parti, namun mengakui ia bukan satu keputusan yang mudah untuk diterima.

“Kita perlu mematuhi keputusan parti dan perbincangan masih dijalankan, tetapi saya selalu kembali kepada soal menjadi salah seorang anggota tentera dalam pergerakan parti.

“Pada awalnya, ia bukan keputusan yang mudah untuk diteruskan tetapi kita akan cakap mengenai perkara ini apabila tiba masanya, tetapi saya juga sangat berhati-hati dengan keputusan yang akan dibuat nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat PKR, semalam.

Sebelum ini, Nurul Izzah dikaitkan dengan spekulasi akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk bertan­ding di Parlimen Ampang dalam PRU-15.

Malah, kerusi Permatang Pauh dikhabarkan akan ‘dikembalikan’ kepada Anwar yang kini menyandang kerusi Parlimen Port Dickson.

Nurul Izzah bertanding di kerusi Permatang Pauh pada PRU-14 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Anwar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×