fbpx

Lelaki Malaysia lebih ‘gentleman’, kata gadis Korea

MINGYEONG Choi (kanan) bersama rakannya membaca Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sikap lelaki Malaysia yang lebih mementingkan keluarga membuatkan seorang gadis Korea Selatan, Mingyeong Choi lebih ‘tertawan’ berbanding jejaka dari negaranya sendiri.

Minyeong, 26, berkata, secara umum, lelaki Korea tidak begitu meluangkan masa mencukupi dengan keluarga sendiri.

Menurutnya, mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama dan berhibur dengan rakan-rakan di luar.

“Ada juga yang pulang ke rumah begitu lewat sehingga terlepas makan malam bersama keluarga. Begitu juga dengan sikap mereka yang tidak membantu mengemas rumah.

“Lelaki Malaysia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Sikap mereka pula sangat merendah diri dan melayan wanita dengan lebih baik. Ini menyamai sikap bapa saya sebagai family man,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Dia yang sudah dua tahun bermastautin di negara ini menyifatkan lelaki Korea memiliki ego yang tinggi kerana mengikut budaya di sana.

Katanya, sikap lelaki Korea lebih serius dan berkuasa penuh dalam membuat keputusan rumah tangga.

Selain itu, jelasnya, lelaki Korea begitu obses dengan kecantikan sehinggakan ada alat solek khas dicipta untuk mereka sama seperti wanita.

“Sebagai contoh, kita boleh lihat penampilan selebriti lelaki Korea yang bersolek,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

×
×