Lebih 500,000 guru disenaraikan terima vaksin fasa dua

Lebih 500,000 guru disenaraikan terima vaksin fasa dua

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 500,000 guru di sektor pendidikan awam dan swasta akan disenaraikan sebagai penerima vaksin dalam fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula hari ini.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Pendidikan sedang menyenaraikan nama guru-guru berkenaan untuk dimasukkan dalam sistem agihan vaksin sebelum diberikan tarikh janji temu.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memutuskan supaya guru disenaraikan sama untuk menerima vaksin seperti tiga kumpulan lain bagi fasa dua ini. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek risiko penyebaran jangkitan Covid-19 khususnya di sekolah.

“Bagaimanapun, ia (pemberian vaksin) masih juga tertakluk kepada bekalan vaksin yang diterima negara,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan PICK, di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, seramai 11,902 daripada 54,537 guru yang mempunyai penyakit kronik sudah menerima suntikan dos pertama, manakala selebihnya akan diberikan suntikan bulan ini.

Mengulas mengenai pemberian vaksin kepada pengamal media, Khairy berkata, beliau menjangkakan kumpulan itu akan diberi suntikan mulai Mei ini kerana ketika ini tumpuan agihan vaksin adalah kepada tiga kelompok utama iaitu warga emas, pesakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU).

“Kita cuba cari ruang pada Mei ini untuk memulakan agihan vaksin kepada pengamal media.

“Apa yang saya boleh janjikan, apabila kita sudah ada bekalan vaksin yang cukup terutama bermula Mei dan Jun ke atas, kita akan beri keutamaan itu kepada pengamal media seperti yang dijanjikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya