Kanak-kanak tiga tahun maut ditinggalkan dalam kereta - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tiga tahun maut ditinggalkan dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati setelah ditinggalkan selama beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, pada hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, polis menerima laporan dari Hospital Sultan Ismail yang merujuk kepada kes melibatkan kanak-kanak itu pada pukul 6.41 petang.

Dia berkata, siasatan pada hari yang sama mendapati bahawa nenek mangsa yang berusia 59 tahun telah membawa mangsa dan adiknya ke sekolah di Sungai Tiram kira-kira pukul 1 tengah hari dengan menaiki Perodua Alza.

Menurut Sohaimi, mangsa kemudian secara tidak sengaja ditinggalkan di dalam kereta di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor oleh neneknya, yang telah mematikan enjin dan memasuki rumah.

“Kira-kira pukul 6 petang, ibu mangsa menyedari mangsa tiada di dalam rumah dan telah mencari di sekitar kawasan rumah namun tidak menjumpainya.

“Kemudian nenek mangsa mula menyedari mangsa berada di dalam kereta dan mendapati mangsa telah tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, hasil bedah siasat pada Isnin lalu mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera.

Katanya, doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan strok haba kerana terperangkap dalam kenderaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak cuai dan peka terhadap kanak-kanak dibawah jagaan masing-masing.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya