JKM dedah 5,836 kanak-kanak jadi mangsa penderaan

JKM dedah 5,836 kanak-kanak jadi mangsa dera

FATIMAH ZURAIDAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan pen­deraan seksual dan emosi terhadap kanak-kanak meningkat antara 2.5 dan 51 pera­tus kes sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Penderaan seksual mencatatkan 1,904 kes, emosi (171), pen­deraan fizikal (1,459), penga­baian (1,618), dibuang atau tiada ibu bapa (162) dan lain-lain (522) pada tahun lalu.

Selangor mencatatkan jumlah kes penderaan tertinggi iaitu 1,830 kes diikuti Kuala Lumpur (898), Sabah (485) sementara Labuan mencatat kes sifar untuk tempoh tiga tahun sejak 2018.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Fatimah Zuraidah Salleh berkata, perbalahan keluarga adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada 2,789 kes penderaan sepanjang tahun 2012 hingga 2016.

Katanya, terdapat dalam kala­ngan ibu bapa yang mendera anak-anak kerana krisis rumah tangga seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin dise­babkan gangguan pihak luar.

“Namun secara perbandingan antara tahun 2019 dengan 2020 (tempoh Covid-19), secara kesuluruhannya terdapat penurunan 546 kes (8.5 peratus) iaitu 6,382 kes kepada 5,836 kes.

“Selain itu, pengabaian atau kecuaian oleh ibu bapa mahupun penjaga sama ada secara sengaja atau tidak sengaja turut menjadi faktor penyumbang kepada pen­deraan terhadap kanak-kanak.

“Antara kejadian seperti ditinggalkan dalam kereta, terjatuh dari eskalator di pusat beli-belah, terjatuh dari bangunan dan membiarkan atau memberi kepercayaan kepada kanak-kanak keluar ke kedai atau pasar malam untuk membeli barang keperluan tanpa penga­wa­san orang dewasa,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah beliau, tekanan di tempat kerja, jenis pekerjaan dan tekanan hidup juga menjadi punca penderaan kanak-kanak.

“Begitu juga pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tan­pa kerja menjadikan fikiran sese­orang bercelaru sehingga mendorong mereka melepaskan kekusutan itu kepada anak-anak.

“Malah, penderaan lebih kerap berlaku di kawasan flat dan se­tinggan. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual.

“Kadang kala penghuni rumah setinggan atau flat terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan,” ujarnya.

Justeru itu, Fatimah Zuraidah memberitahu, JKM mengambil beberapa kaedah dalam mena­ngani isu tersebut termasuk me­wujudkan Sistem Semakan Pe­salah Jenayah Seksual dalam Daftar Kanak-Kanak.

“Sistem ini diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa, individu atau majikan yang mengambil seseorang menguruskan kanak-kanak membuat semakan bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Bermula Januari hingga September 2020, kami menerima 36 permohonan daripada individu dan pelbagai agensi terutamanya berkaitan dengan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang melibatkan semakan dibuat terhadap 785 orang kakitangan dan bakal pekerja,” jelasnya.

Dalam masa sama, JKM turut memperkasakan inisiatif seperti Senarai Semak atau Panduan (infografik) bagi pemilihan pengasuh, Program Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menyebar luas maklumat berkaitan aspek keselamatan kanak-kanak termasuk literasi undang- undang kepada kanak-kanak sekolah, ibu, bapa, penjaga, guru serta masyarakat. – UTUSAN

 

Statistik penderaan kanak-kanak

Punca/tahun                                              2018       2019        2020

Perbalahan keluarga                       958        839       742

Mengikut teman lelaki                      742       1,032       857

Kecuaian Ibu bapa/Penjaga           815        768        576

Masalah kewangan                          870        714         530

Penagih                                               518        648        447

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN