fbpx

10 Mei 2021, 7:26 am

  TERKINI

Ekonomi negara semakin pulih – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebihan dagangan berjumlah RM24.2 billion sekali gus memberi tanda Malaysia berada pada landasan betul dalam fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, malah ekonomi negara semakin pulih ekoran kesan pandemik Covid-19 apabila mencatatkan pertumbuhan tertinggi eksport dalam tempoh 44 bulan dengan nilai RM104.9 bilion pada Mac lalu.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, turut catat nilai tertinggi adalah import pada bulan lalu dengan nilai RM80.8 bilion.

“Menurut Jabatan Perangkaan, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan berjumlah RM24.2 bilion yang memberi tanda bahawa negara berada pada landasan betul dalam fasa pemulihan ekonomi.

“Kerajaan Malaysia di bawah kendalian Perikatan Nasional (PN) akan terus komited dalam melaksanakan agenda pembangunan negara seperti mana disebutkan di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Insya-Allah kita akan usahakan supaya tanah air tercinta ini akan terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Jabatan Perangkaan sebelum ini melaporkan kelonggaran yang diberikan kerajaan bagi operasi aktiviti ekonomi, pakej rangsangan dan program vaksinasi dapat mempercepatkan pemulihan pasaran pekerjaan tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, walaupun bilangan kes jangkitan harian Covid-19 kekal tinggi, namun pembukaan semula kebanyakan aktiviti perniagaan dapat membantu perniagaan untuk mengekalkan momentum serta mengimbangi kesan ekonomi dan kepentingan kesihatan.

Selain itu dijangka pasaran buruh akan meningkat secara marginal, namun masih berdepan dengan cabaran ketidaktentuan situasi krisis kesihatan di Malaysia. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN