Demi kebaikan, Zahid, Anwar kena buat  laporan polis - KPN - Utusan Malaysia

Demi kebaikan, Zahid, Anwar kena buat  laporan polis – KPN

Tan Sri Abdul Hamid Bador
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis menasihatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung rakaman perbualan audio telefon yang sedang tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan daripada kedua-dua individu berkenaan selain siasatan akan dilakukan sekiranya perkara tersebut mengganggu-gugat keamanan orang ramai. 

“Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi, laporan belum dibuat lagi. Kita tunggulah, kalau betul beliau (Ahmad Zahid dan Anwar) difitnah, demi kebaikan, buatlah laporan. 

“Kita lihat daripada tempoh reaksi orang ramai terhadap audio tersebut. Sampai satu tahap ia menimbulkan kebimbangan dan kegusaran semua, kita akan jalankan siasatan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Op Khazanah (OBK) Siri 7 di Hotel Casa Del Rio di sini hari ini. 

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak rakaman itu tular Rabu lalu, pihaknya telah menerima tujuh laporan berhubung perkara tersebut. 

“Bagaimanapun, siasatan lanjut termasuk menganalisis suara salah seorang daripada mereka hanya akan dibuat selepas kita buka kertas siasatan. 

“Kita akan menilai bukti-bukti lain yang dijalankan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, polis yakin Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang dalam buruan masih berada di dalam negara. 

“Ini kerana rangkaiannya semua telah ditangkap dan saya yakin pasukan khas di bawah Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan terus gigih untuk menilai apa juga maklumat yang dikongsikan kepada orang ramai. 

“Saya juga memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang dikesan terlibat melindungi suspek akan dibawa ke muka pengadilan sebab kita telah uar-uarkan dia (Nicky) sebagai seorang yang dikehendaki,” tegasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.