593 vaksin Covid-19 rosak bersamaan 3,558 dos dipulangkan - Utusan Malaysia

593 vaksin Covid-19 rosak bersamaan 3,558 dos dipulangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memulangkan semula 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech  selepas ia mengalami kerosakan sebelum dapat digunakan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, 585 bebuli vaksin ditolak kerana masalah penyimpanan sewaktu penghantaran ke negara ini.

“Bakinya iaitu lapan bebuli pula tidak dapat digunakan kerana masalah penyimpanan suhu dalam negara.

“Secara keseluruhan, 593 bebuli vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech bersamaan 3,558 dos ditolak dan tidak dapat digunakan,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini.

Awal bulan lalu, media melaporkan Khairy selepas membuat lawatan di Pusat Pemberian Vaksin di Klinik Kesihatan Rembau, Negeri Sembilan memaklumkan sebanyak 585 bebuli vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dipulangkan kerana rosak.

“Vaksin itu rosak semasa perjalanan dari kilang di Belgium ke Malaysia. Kita dapati semasa dalam perjalanan dari kilang di Belgium ke Malaysia, suhu penyimpanan vaksin telah berubah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.