52 PATI lari diserbu imigresen - Utusan Malaysia

52 PATI lari diserbu imigresen

SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan di sebuah kilang pembuatan besi dan logam di Jalan Bedong, Gurun, hari ini. UTUSAN/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Seramai 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) bertempiaran lari selepas penguat kuasa imigresen menyerbu sebuah kilang pembuatan besi dan logam di Jalan Bedong di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, seramai 232 pekerja kilang termasuk warga asing diperiksa.

Mereka melibatkan seramai 140 orang warga tempatan, 77 warga Myanmar, 10 warga Nepal, tiga warga Yaman serta masing-masing seorang Indonesia dan China

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi yang mengambil masa lebih dua jam itu melibatkan seramai 121 orang penguat kuasa imigresen dari Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.

“Operasi ini hasil maklumat orang awam dan pegawai risikan telah dihantar sebelum operasi hari ini dijalankan.

“Secara keseluruhan, 232 orang pekerja telah diperiksa terdiri daripada 140 warga Malaysia , 77 Myanmar, 10 Nepal, tiga Yaman serta masing-masing seorang Indonesia dan China,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata beliau, daripada jumlah itu, seramai 52 PATI ditangkap iaitu 39 warga Myanmar, 10 warga Nepal, dua warga Yaman serta seorang warga Indonesia.

“Mereka ditahan atas dua kesalahan iaitu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas sosial dengan bekerja tanpa permit sah,” jelasnya.

Menurutnya, pihaknya juga mendapati ada yang sempat melarikan diri ke kawasan semak berdekatan berikutan kawasan kilang yang luas.

Tambahnya, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 45 tahun akan menjalani ujian saringan Covid-19 di klinik berdekatan sebelum dibawa ke lokap imigresen di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen kerana tiada dokumen sah serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas sosial,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya