Sebanyak 13,000 komputer riba telah diagih - Dr. Adham

13,000 komputer riba telah diagih

DR. RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13,000 daripada 150,000 komputer riba seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 telah diagihkan kepada murid dan pelajar golongan B40 bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, baki komputer riba akan diedarkan kepada mereka yang terlibat.

“Telah mula dan telah lebih 13,000 komputer riba telah diedarkan dan akan terus diedarkan. Alhamdulillah proses ini berjalan dengan baik dan kita akan terus melaksanakan baki komputer yang selebihnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 memaklumkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang RM150 juta ringgit ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

Projek berkenaan akan diselia oleh Yayasan Hasanah dan ia sejajar dengan norma baharu yang mana pembelajaran secara dalam talian sudah menjadi satu amalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya