‘Tak sengaja sekat akaun Instagram Siti’ - Aishah keliru - Utusan Malaysia

‘Tak sengaja sekat akaun Instagram Siti’ – Aishah keliru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hangat di laman sosial apabila warganet mendakwa penyanyi bersuara emas, Aishah, 56, menyekat akaun Instagram bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Menurutnya, dia tidak sengaja berbuat demikian kerana keliru dengan akaun palsu yang menggunakan nama penyanyi Siti Nurhaliza.

Jelas Aishah berbuat demikian kerana dia menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen yang tidak berpuas hati dirinya membuat persembahan pada separuh akhir muzik-muzik ke-35, menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.

“Masa separuh akhir tempoh hari, di ruangan komen Instagram Siti, ramai kutuk saya berbakul-bakul. Jadi, saya block sahaja. Senang cerita, nak buat apa pening kepala bila dalam Instagram itu ramai yang hentam kita.

“Dah dekat nak AJL baru saya perasan ada netizen Direct Messege (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru memang ter-block akaun Instagram Siti, ” jelasnya.

Tambah Aishah lagi, orang ramai usahlah pandai-pandai buat andaian dan spekulasi buruk sebaliknya boleh menghubunginya secara terus untuk bertanyakan hal terbabit.

Walau bagaimanapun selepas menyedari hal itu penyanyi Janji Manismu sudah tidak menyekat akaun penyanyi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN