SPRM kesan dua beradik bantu siasatan kes rasuah - Utusan Malaysia

SPRM kesan dua beradik bantu siasatan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua beradik lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Lelaki pertama, Muhammad Sadon, 38, pemegang kad pengenalan 830314-01-5807 dan mempunyai dua alamat terakhir di No. 24, Jalan Zapin 3, Taman Skudai Baru, 81300, Johor Bahru, Johor dan 18, Jalan Angsana, Setapak, 53000, Kuala Lumpur.

Sementara itu, turut dikesan ialah abangnya, Mohd. Irwan Sadon, 40, pemegang kad pengenalan 810714-01-5189 dan mempunyai alamat terakhir di No. 25, Jalan PUJ 2/12, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sehubungan itu, SPRM dalam kenyataan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Johari Bero di talian 018-383 1622 / 03-8870 0329 atau emel ke alamat [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN