PETALING JAYA: Jumlah wanita yang diberikan peranan besar dan jawatan tinggi dalam sektor swasta masih di bawah 30 peratus berbanding dengan kemampuan golongan tersebut yang kini mampu menguasai pelbagai bidang. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang kecewa dengan situasi itu berkata, setiap individu harus dilantik kerana kredibiliti bukan berdasarkan jantina. Oleh itu katanya, kuota itu tidak sepatutnya wujud, kerana wanita perlu diberikan lebih peluang menerajui…










