PETALING JAYA: Tragedi melibatkan projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semalam merupakan kali keenam dalam tempoh dua tahun sekali gus mengundang persoalan tentang keselamatannya. Dalam kejadian di Jalan Alam Damai, Cheras semalam, komponen kren gantri terjatuh dan menghempap sebuah kenderaan menyebabkan pemandunya seorang warga tempatan cedera parah manakala tiga daripada empat pekerja projek pembinaan tersebut meninggal dunia. Ia kejadian terbaharu selepas dua pekerja kilang wanita maut apabila…










