GEORGETOWN: “Saya sendiri terkejut”. Itu reaksi Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd. Yussof Latiff apabila ditanya mengenai desas-desus pelantikan beliau sebagai pengganti Tun Dr. Abdul Rahman Abbas sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan, Mei depan. Mohd. Yussof berkata, beliau tidak pernah dimaklumkan oleh sesiapa mengenai cadangan kerajaan negeri yang mahu melantiknya sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. “Saya pun baca berita berkenaan perkara ini, ada juga…










