Ketegasan Sultan Ibrahim lindungi Islam disanjung - Utusan Malaysia

Ketegasan Sultan Ibrahim lindungi Islam disanjung

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Illi Najwa Anuar Hussein Saddique baru-baru ini bagi mendengar sendiri penjelasan berhubung status agamanya selepas perkahwinannya dengan Kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar menimbulkan kontroversi. – FB SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketegasan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempertahan dan melindungi kesucian agama Islam terutama dalam isu kalimah Allah yang timbul semula baru-baru ini disanjung ramai pihak.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Hussin berkata, tanggungjawab Sultan Ibrahim terhadap isu-isu agama melegakan rakyat negeri ini khususnya yang beragama Islam kerana baginda memainkan peranan sebagai ketua agama yang tegas.

“Saya bagi pihak Pas Johor sendiri menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim dan merasakan sangat teruja dengan ketegasan Tuanku dalam soal memelihara agama serta dalam perkara yang berdepan kesucian Islam.

“Kita sentiasa mendoakan agar pemerintahan dan kepimpinan Tuanku di negeri Johor akan terus berada di bawah naungan perlindungan dan rahmat Allah SWT untuk baginda terus memayungi bukan sahaja orang Islam, malah keseluruhan rakyat jelata,” katanya.

Jumaat lalu, Sultan Johor menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk mengambil tindakan sewajar nya bagi menyokong kerajaan Persekutuan meneruskan rayuan berhubung isu kalimah Allah yang ditegaskan baginda sebagai eks­klusif kepada umat Islam.

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap seorang rakyat negeri ini, Illi Najwa Anuar Hussein Saddique bagi menyelesaikan kontroversi selepas wani­ta itu berkahwin dengan kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, rakyat negeri ini bertuah memiliki sultan yang berjiwa rakyat, sentiasa berpandangan jauh dan akan memberikan titah nasihat berguna kepada perjalanan pentadbiran dan politik Johor.

“Tuanku sentiasa menitik beratkan soal perpadu­an dalam kalangan Bangsa Johor yang berbilang kaum malah tidak pernah berhenti memikirkan kebajikan rakyat.

“Malah, dalam mendepani Covid-19, Sultan Ibrahim memberikan kurniaan barangan ke­perluan makanan dan sumbangan peribadi bagi meringankan beban rakyat yang membuktikan Tuanku sentiasa cakna dan prihatin nasib rakyatnya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya