Jumlah peniaga ‘informal’ meningkat sejak Covid-19

Jumlah peniaga ‘informal’ meningkat sejak Covid-19

WAN Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) bersama penerima dalam program lawatan kerja MEDAC di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, di Johor. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjangka akan berlaku peningkatan jumlah usahawan sektor informal di negara ini susulan pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, peningkatan itu ekoran ramai individu kehilangan pekerjaan dan mengambil keputusan menjalankan perniagaan tidak formal seperti berniaga kecil-kecilan.

Menurut beliau, sehubungan itu pihaknya menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) komited untuk membantu golongan terbabit menerusi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) yang diperkenalkan pada Disember lalu.

“Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada skim itu untuk dimanfaatkan individu yang layak.

“Tahun lalu, seramai 284 usahawan informal dari seluruh negara telah menerima bantuan SPIN yang disediakan TEKUN melibatkan peruntukan berjumlah RM1.18 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Usahawan Negeri Johor, di sini hari ini.

Tambah Wan Junaidi, sehubungan itu pihaknya berharap inisiatif berkenaan akan dapat membantu usahawan yang baharu hendak memulakan perniagaan mereka dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Pada majlis itu, seramai 50 usahawan dari seluruh negeri yang masih belum mendaftarkan perniagaan mereka yang dimulakan dalam tempoh pandemik, menerima pembiayaan SPIN berjumlah RM225,000.

“Kementerian juga telah menyalurkan bantuan pembiayaan sebanyak RM9 juta kepada usahawan dan koperasi di negeri ini yang terkesan.

“Bantuan itu disalurkan menerusi pelbagai agensi seperti UDA Holdings Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNS), TEKUN Nasional, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Rakyat,” ujarnya.

Selain itu, pihaknya turut mengagihkan insentif bersasar sebanyak RM1.4 juta kepada penyewa di sebuah pusat membeli belah di negeri ini yang terjejas ekonomi dan pendapatan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya