MENGENALI jejaka ini, dia seorang yang cukup berjiwa hamba. Sedar dirinya baru bertatih, mencari rezeki dalam industri seni. Langkah disusun supaya teratur jalannya, namun dugaan mendatang siapa menduga. Namanya baru sahaja mula dikenali, namun ada yang sudah menabur cerita kurang manis. Dikatakan suka menumpang populariti rakan artis lain, penyanyi ini hanya mampu menggeleng kepala. Tanda tidak setuju. Pedih rasa hati berdepan kata-kata yang tiada berakar, Aidil Maula tidak pernah sekali…










