PERCATURAN parti mana bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menarik untuk diperhatikan. Kerusi tersebut satu-satunya dimenang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen ditandingi parti itu di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kerusi tersebut dimenangi Datuk Eddin Syazlee Shith yang ketika itu bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) dengan jumlah undi 18,045 menewaskan penyandang,…










