fbpx

13 April 2021, 2:57 pm

  TERKINI

Acryl Sani bakal Ketua Polis Negara? 

ACRYL SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi bayangan timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai penggantinya.

Beliau berkata, bagaimanapun, perkara itu perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Begitulah perancangannya, siapa timbalan akan naik jadi Ketua Polis Negara.

“Namun ia terpulang kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, sebab jawatan ini memerlukan perkenan Agong,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Portal Aplikasi Mobile MyBayar Saman di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE