32 juta vaksin Covid-19 Pfizer diterima tahun ini - Utusan Malaysia

32 juta vaksin Covid-19 Pfizer diterima tahun ini

Kerajaan luluskan vaksin Sinovac yang untuk digunakan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 32 juta vaksin Covid-19 yang dibangunkan Pfizer-BioNTech, bersamaan 50 peratus penduduk negara ini akan diterima, tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, negara akan menerima kesemua vaksin terbabit pada tahun ini dengan perolehannya akan dimuktamadkan minggu ini.

Katanya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba akan menandatangani perjanjian bagi perolehan vaksin yang dibangunkan Pfizer, minggu ini.

“Pfizer akan membekalkan 32 juta vaksin dan pada asalnya, 20 peratus kemudian 39 peratus.

“Malah syarikat itu juga menawarkan tambahan sebanyak 20 peratus lagu dan ia sedang dipertimbangkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang akhbar bersama Dr. Adham mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya