Universal Music, Big Hit bekerjasama - Utusan Malaysia

Universal Music, Big Hit bekerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Big Hit Entertainment (Big Hit) dan Universal Music Group (UMG) mengumumkan perkongsian strategik apabila kedua-dua syarikat bekerjasama meningkatkan peluang seniman melalui inovasi dan teknologi sekaligus mengembangkan jangkauan global muzik dan budaya K-pop di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif UMG, Lucian Grainge berkata, artis di bawah pengurusannya akan meneroka komunikasi “direct to fan” yang disempurnakan melalui Big Hit’s Weverse, sebuah platform berasaskan komuniti dinamik.

“Platform itu membolehkan peminat untuk berkongsi, berinteraksi, melihat dan mendengar kandungan baru dan membeli produk baru. Weverse sudah digunakan oleh artis seperti Gracie Abrams, New Hope Club dan Alexander 23.

“Malah, Yungblud antara gelombang bakat seterusnya bergabung dengan Weverse dalam beberapa bulan mendatang. UMG juga adalah pelabur ekuiti bersama Big Hit, YG Entertainment dan Kiswe dalam platform pengstriman premium secara langsung VenewLive,” katanya.

Tambah UMG, melalui platform VenewLive, kedua-dua syarikat itu juga mengumumkan perincian menarik untuk mengumpulkan dan melancarkan kumpulan ‘boyband’ K-pop global baru bersama-sama di Amerika Syarikat buat pertama kalinya.

“Projek artis baharu akan dilancarkan di bawah label kerjasama baharu antara UMG, Big Hit dan Geffen Records. Label yang baru itu akan beroperasi di Los Angeles dan akan bekerjasama melancarkan projek ini dengan jayanya.

“Anggota kumpulan lelaki ini akan dipilih melalui program uji bakat global bermula 2022 dengan kerjasama rakan media utama di negara Uncle Sam itu.

“Malah, kami juga berkerjasama dalam proses penerbitan menyeluruh yang menggabungkan muzik, persembahan, fesyen, video muzik, dan komunikasi bersama peminat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif,Interscope Geffen A&M, John Janick berkata perkongsian itu memberi mereka peluang luar biasa untuk bekerjasama membantu membentuk masa depan muzik di seluruh dunia untuk kebaikan artis dan peminat.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Big Hit, Bang Si-Hyuk berkata, mereka benar-benar berkongsi nilai dan visi dalam bersama-sama melakukan inovasi secara berterusan dan komited untuk menyediakan muzik yang terbaik untuk peminat dengan tahap kualiti tanpa kompromi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya