Shahrizat kekal Presiden PARFUM bagi sesi 2021/2022

Shahrizat kekal Presiden PARFUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil terus mengekalkan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi sesi 2021/2022 selepas dipilih menerusi Mesyuarat Agung pertubuhan itu kali keempat, semalam.

Mesyuarat berkenaan yang dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang juga merupakan ahli PARFUM, turut memilih Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhammad Shafee Md. Abdullah.

Menurut Setiausaha Kehormat PARFUM, Edwin Paramjothy, mesyuarat pertubuhan itu dilaksanakan secara maya yang turut dihadiri bekas Ketua Hakim Negara selaku Penaung PARFUM, Tun Raus Sharif.

Senarai ahli jawatankuasa PARFUM yang telah dipilih adalah seperti berikut:-

1) Presiden: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
2) Timbalan Presiden: Tan Sri Muhammad Shafee Md. Abdullah
3) Setiausaha Kehormat: Edwin Paramjothy Michael Muniandy
4) Bendahari Kehormat: Saif Bhatti
5) Ahli Jawatankuasa:
– Shaik Mohamed Mohd Sahed
– Tuan Arief Tuan Mohamad Yusof
– Khairul Anwar Hairudin
– Dr. Vincent Ng Wei Chyun
– Prof. Datuk Dr. Abdul Murad Ahmad

“PARFUM akan meneruskan program-program bagi alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya terutama untuk pelajar-pelajar fakulti serta beberapa program lain.

“PARFUM juga menyeru kepada semua alumni yang belum berdaftar untuk turut sama menyertai pertubuhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.