Sembuh atasi kes positif - Utusan Malaysia

Sembuh atasi kes positif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini buat pertama kali merekodkan kes sembuh sebanyak 3,887 kes mengatasi kes positif sebanyak 2,764 kes yang menyaksikan perbezaan hampir 1,000 kes.

Jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 196,566 kes dan jumlah kumulatif kes positif pula, sebanyak 248,316 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif pula melebihi 50,000 kes iaitu 50,841 kes dengan 13 kematian.

Katanya, terdapat 289 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor masih kekal negeri terbanyak merekodkan walaupun mencatatkan kurang 1,000 kes iaitu 862 kes,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN