Penyertaan Gerakan perlu disambut secara ‘berhati-hati’ 

Penyertaan Gerakan perlu disambut secara ‘berhati-hati’ 

P. SIVAMURUGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan parti lain termasuk Gerakan bersama Perikatan Nasional (PN) perlu disambut secara ‘berhati-hati’ walaupun pada dasarnya mampu memberi kekuatan dan sokongan kepada gagasan tersebut.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, keputusan parti itu dilihat tidak mempunyai arah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memberi kesan terhadap sokongan dan menimbulkan persoalan berhubung pendirian sebenar mereka.

Malah katanya, Gerakan sebaliknya perlu menunjukkan kepada semua ahli sama ada parti itu sudah berubah atau kekal dengan pendirian lama. 

“Bagaimanapun, pembentukan gabungan besar boleh menarik parti lain jika ia membawa sokongan dan pengukuhan PN.

“Untuk soal agihan kerusi bergantung kepada politik angka dan ahli harus akur bahawa parti itu bukan semata-mata bertanding tetapi boleh menyumbang kepada kemenangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. 

Gerakan bertindak keluar daripada gabungan BN pada 23 Jun 2018. Selepas itu, gerak kerja Gerakan dalam arena politik tanah air semakin tenggelam.

Pada 11 Februari lalu, Gerakan secara rasminya menjadi salah satu parti komponen di dalam PN setelah menerima surat pengesahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi PN.

Dalam pada itu, Sivamurugan berkata, dengan kedudukan hari ini, Gerakan berada dalam kedudukan yang sukar kerana kehilangan sokongan di kubu kuat mereka iaitu Pulau Pinang dan Perak.

KARTINI ABOO TALIB

“Malahan Gerakan tidak menang apa-apa kerusi dalam  PRU-14. Cumanya kehadiran Gerakan memberi imej kepelbagaian kepada PN,” jelasnya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, Gerakan perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu dalam PN termasuk untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas walaupun ia sukar diterima dalam kalangan akar umbi.

“Tiada salah penyertaan Gerakan dalam PN. Sekurangnya ada komuniti Cina yang masih yakin dengan  perkongsian kuasa.

“Suatu ketika dulu telah terbukti. Pas bersama Pakatan Rakyat dan ini menunjukkan orang-orang Cina tiada masalah untuk menyokong Pas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.