PETALING JAYA: Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA) atau moratorium bayaran balik pinjaman yang dilaksanakan kerajaan dengan bantuan institusi perbankan bagi membantu rakyat menghadapi tempoh sukar akibat pandemik Covid-19 didakwa hanya indah khabar dari rupa. Menerusi beberapa aduan yang disampaikan pengguna kepada Utusan Malaysia, bantuan tersebut dilihat menjerat pengguna apabila yang ditawarkan bukanlah pengecualian bayaran semula pinjaman sebaliknya penstrukturan dan penjadualan (R&R) semula pinjaman. Lebih buruk lagi, walaupun R&R yang…










