Lari tinggalkan 15 burung kakak tua - Utusan Malaysia

Lari tinggalkan 15 burung kakak tua

BURUNG kakak tua yang cuba diseludup masuk ke Malaysia menggunakan pangkalan haram Pasir, Gua Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki bertekad terjun ke dalam Sungai Golok selepas cubaannya menyeludup 15 burung kakak tua dari Thailand dihidu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.39 malam di pangkalan haram Pasir, Kampung Tok Deh di sini, suspek kemudian lesap dan gagal dikesan selepas terjun ke dalam sungai tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, rampasan 15 ekor burung itu membabitkan nilai keseluruhan mencecah RM21,350.

Katanya, kejayaan itu hasil rondaan rutin menggunakan motosikal yang dilakukan anggota PGA di kawasan penugasan Op Benteng Covid-19 berhampiran pangkalan haram berkenaan.

“Semasa melakukan rondaan itu, anggota PGA ternampak seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak ke tebing Sungai Golok di sebelah negara ini.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, suspek terus terjun ke dalam Sungai Golok untuk mengelak dirinya daripada dicekup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan Basri memberitahu, hasil pemeriksaan menemukan empat kotak berwarna coklat yang di dalamnya terdapat 15 ekor burung kakak tua.

“Kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati permintaan tinggi di Malaysia menjadi punca burung-burung ini disedulup masuk,” ujarnya sambil memberitahu, burung kakak tua adalah spesies yang dilindungi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya