Kelantan galak penanaman 'sacha inchi' untuk pasaran luar negara

Kelantan galak penanaman ‘sacha inchi’ untuk pasaran luar negara

TUAN Saripudin Tuan Ismail (tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada 50 petani menunjukkan baka ‘sacha inchi’ di Jeram Mengaji, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kerajaan negeri Kelantan bersedia membantu individu atau koperasi di negeri ini yang berminat mengusahakan tanaman herba ‘sacha inchi’ yang didapati mempunyai potensi besar untuk pasaran luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, tumbuhan turut dipanggil kacang gunung itu setakat ini telah diusahakan di kawasan seluas 6.4 hektar di seluruh Kelantan.

Menurutnya, tanaman dengan jangka hayat 15 hingga 20 tahun itu mampu mempunyai nilai pasaran tinggi untuk bahagian daun, kekacang dan akarnya yang dikatakan kaya dengan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 serta amat laris di Brunei dan China.

POKOK sacha inchi atau nama saintifiknya ‘plukenetia volubilis’ merupakan tanaman herba jenis saka yang kaya dengan vitamin A dan E.

“Hasil tuaian tanaman sedia ada masih gagal menampung permintaan eksport yang tinggi. Jadi ia perlu diterokai oleh petani di negeri ini sama ada menerusi koperasi atau pertubuhan peladang untuk projek penanaman berkelompok.

“Kerajaan menerusi skim bantuan tanaman herba sedia membantu dalam aspek penyediaan benih dan input pertanian selain memberi galakan kepada rakyat menebus guna tanah yang terbiar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan majlis penyerahan anak pokok sacha inchi oleh Koperasi Gabungan Usahawan Kelantan Berhad di Jeram Mengaji.

Pokok sacha inchi atau nama saintifiknya ‘plukenetia volubilis’ merupakan tanaman herba jenis saka yang kaya dengan vitamin A dan E.

Ia merupakan bahan utama dalam penghasilan serbuk teh, kopi dan minuman berkhasiat selain dijadikan bahan ekstrak penghasilan sabun dan kosmetik. 

Harga pasaran semasa kekacang mentahnya dijual pada harga RM6 sekilogram manakala anak benihnya pula RM15 sepokok.

Di Kelantan, lokasi paling sesuai ditanam pokok tersebut ialah Gua Musang.

Tuan Saripudin berkata, Koperasi Gabungan Usahawan Kelantan merancang mengusahakan kira-kira 32 hektar pokok sacha inchi di Jeli menjelang pertengahan tahun ini selain meneruskan usaha di ladang di Kampung Seligi, di sini, yang seluas empat hektar.

Menurutnya, koperasi berkenaan juga merancang membuka kilang pemprosesan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Peringat, Kota Bharu selain mewujudkan pusat pembelian dan pengumpulan hasil di setiap daerah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya