Ira Ghani mahu bantu rakan artis - Utusan Malaysia

Ira Ghani mahu bantu rakan artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan pengasas produk, Datin Ira Ghani mengakui cukup terharu dengan sokongan rakan selebriti yang terus menyokong kariernya.

Walaupun dunia lakonannya agak suram kini, namun menurut Ira dia tidak pernah melupakan bidang yang banyak membantu dirinya untuk dikenali sebagai seorang ahli perniagaan kini.

Tidak berhenti di situ menurut Ira, melalui penjenamaan semula perniagaan kosmetiknya Aura Seri yang kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG sempena ulang tahun ke-20 dia turut membuka ruang dalam membantu rakan artis lain yang terkesan dengan keadaan pandemik kini.

“Saya bersyukur masih ada yang kenang kami. Ramai yang bersama kami dahulu dan banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada yang masih sudi menyokong, saya ucapakan setinggi penghargaan. Insya-Allah kami tidak lokek untuk berkongsi rezeki dan menjalankan usaha sama dengan mereka.

“Pendekatan perniagaan kami sesuai untuk semua peringkat umur dan meneruskan revolusi perniagaan dalam talian sesuai dengan situasi semasa yang berlaku. Produk kami juga sudah ada pengikut sendiri dan menyediakan bimbingan pada mereka yang mahu menyertainya,”katanya.

Sementara itu Ira yang popular melalui drama siri Gerak Khas, 7 hari Mencintaiku dan Kerana Anisa turut bersyukur dengan kata-kata semangat rakan artis seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Awie, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Zizan Razak, Shiha Zikir dan ramai lagi yang terus menyokong usahanya ini.

“Saya juga akan memperkenalkan satu program khas dalam membantu lebih ramai usahawan muda yang mahu terlibat dalam bidang perniagaan.

“Pendekatan perniagaan kami sesuai untuk semua peringkat umur dan meneruskan revolusi perniagaan dalam talian sesuai dengan situasi semasa yang berlaku. Produk kami juga sudah ada pengikut sendiri dan menyediakan bimbingan pada mereka yang mahu menyertainya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.