Herba tempatan ke mata dunia - Utusan Malaysia

Herba tempatan ke mata dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DI KALA dunia berdepan pandemik Covid-19, masyarakat mula sedar kepentingan suplemen bagi meningkatkan imuniti badan sekali gus mampu mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.

Percaya dengan kelebihan suplemen sebagai makanan tambah baik untuk kesiahatan, Afwah Agro Sinergi mengeluarkan produk premium bertaraf antarabangsa, Immune Booster.

Pengerusi Afwah Agro Sinergi , Prof. Dr. Irwandi Jaswir berkata, produk empat dalam satu mampu memberi imuniti dan pelindungan kepada tubuh badana menerusi khasiat herba.

Produk dilancarkan hujung tahun lepas itu memiliki empat jenis herba utama iaitu pegaga, kunyit, hempedu bumi, dan peria katak.

“Kesemua bahan-bahan ini mempunyai ciri dan sifat anti-mikrobial yang sangat berkesan, bahkan sebahagian besarnya mempunyai sifat anti-virus yang belum banyak diketengahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Iswandi, orang luar negara amat menghargai dan menggunakan tumbuhan tempatan untuk dipromosi sebagai produk kesihatan dan sudah tiba masa, syarikat tempatan mengambil langkah sama.

Dr. Irwandi turut mendakwa kajian dilakukan menunjukkan, individu memiliki sistem imuniti baik, mengurangkan risiko mendapatkan penyakit termasuk serangan coronavirus.

Dalam pada itu, beliau berkata, produk kesihatan itu juga memberi peluang kepada rakyat untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen atau stokis.

Bakal dilancarkan dalam bulan ini, produk tersebut dijangka mendapat sambutan memberangsangkan.

“Kami sudah mula menjual produk ini di beberapa lokasi terpilih dan setakat ini, sambutan sangat menggalakkan.

“Malah pembeli dari luar negara juga ramai. Itu satu peningkatan yang baik,” katanya.

HERBA

PEGAGA
» Bersifat antioksidan, ia berupaya merangsang sel otak bekerja dan memiliki sifat antivirus. Turut digunakan dalam industri kosmetik.

PERIA KATAK
» Anti bakteria dan antivirus, peria katak turut memiliki ciri antikanser dan antidiabetik.

KUNYIT
» Memiliki kesan anti-mikrobial. Antioksidan dimiliki sangat tinggi dan boleh mencegah serangan jantung serta merawat penyakit nyanyuk.

HEMPEDU BUMI
» Memiliki bahan antimikrobial, menurunkan tekanan darah dan bersifat antikanser.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya