Hampir 50 peratus pelajar UKM terdiri keluarga B40 dibantu - Utusan Malaysia

Hampir 50 peratus pelajar UKM terdiri keluarga B40 dibantu

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menyerahkan sumbangan kepada Rosmawati Mohamad Rasit di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia membantu separuh daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kalangan keluarga berpendapatan B40 untuk terus mengikuti pengajian.

Jaminan itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai meringankan beban golongan tersebut agar dapat belajar dengan selesa.

“Misalnya hari ini, kita memberikan bantuan kepada 122 pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM yang terkesan akibat isu pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada majlis pengagihan Tabung Musa’adah Covid-19 kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, setiap pelajar terbabit akan menerima bantuan berjumlah RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM24,400.

“Kita menyedari dianggarkan hampir 50 peratus daripada pelajar UKM berasal dari keluarga B40 dan bantuan sebegini waima kecil tapi amat besar maknanya kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan FPI UKM, Dr. Rosmawati Mohamad Rasit mengakui hampir separuh penuntut institusi itu terdiri daripada golongan asnaf.

Data itu, ujarnya, direkodkan Pejabat Hal Ehwal Pelajar Akademik UKM dan mereka layak menerima bantuan terus daripada Pusat Zakat UKM untuk menanggung kos yuran pengajian.

“Ini kali pertama Jakim dan YWM bantu dengan sumbangan itu dimanfaatkan bagi kegunaan data internet kerana pelajar UKM sudah dua semester kena belajar dalam talian,” katanya.

Rosmawati memaklumkan, semua staf institusi itu yang beragama Islam pada masa sama turut melakukan potongan gaji dengan Pusat Zakat UKM bagi membantu pelajar miskin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya