Fezrul Khan berbudi pada tanah - Utusan Malaysia

Fezrul Khan berbudi pada tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fezrul Khan, 39, mendedahkan dia kini sudah menemui minat baharu iaitu bercucuk tanam buah-buahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama.

Mengenali pelakon Dendam Cinta Arissa yang tidak suka duduk diam itu, alternatif lain untuk memanfaatkan masa kosong di sepanjang tempoh PKP adalah dengan cara berbudi pada tanah.

“Sejak PKP pertama lagi saya memang sudah giat aktif dengan bercucuk tanam. Iyalah sepanjang tempoh itu hampir setiap hari asyik pandang dinding rumah sahaja.

“Jadi saya kena belajar sesuatu untuk manfaatkan masa dengan mencari peluang lain yang dapat menguntungkan masa depan kelak,” ujarnya ketika dihubungi.

Berkongsi pengalamannya, Fezrul mengakui tiada yang mudah di awal permulaan kerana ia memerlukan ilmu pengetahuan asas.

“Saya menyertai kursus tanaman durian Musang King dengan Jabatan Pertanian Gombak dan Jabatan Pertanian Kuala Pilah supaya kita tahu cara tanaman, penjagaan kawalan serangga dan perosak.

“Saya turut dibantu oleh rakan-rakan persatuan penanaman durian Malaysia, Ramli, Sobry, Hafiz dan Safirol. Mereka banyak membantu saya, lagipun bukannya senang nak tanam Musang King ini,” ujar pelakon Hadiah Dari Tuhan.

Tambah Fezrul, kebun yang dibeli sendiri terletak di Kampung Ulu Inas, Johol dan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Setakat ini antara tanaman utama lain seperti Pisang dan Black Torn.

Berbicara soal seni pula, pelakon ini bakal menemui anda menerusi drama Aku Seorang Perempuan yang mengisahkan hidup penyanyi Siti Nordiana yang diarah oleh sutradara Hashim Rejab terbitan Brotherhood Studio.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya