Dr. Mohd Daud Bakar dilantik Pengerusi MAIWP baharu - Utusan Malaysia

Dr. Mohd Daud Bakar dilantik Pengerusi MAIWP baharu

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI (kiri) menyerahkan surat pelantikan Pengerusi MAIWP yang baharu kepada Dr. Mohd, Daud Bakar di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tokoh kewangan syariah, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dilantik sebagai  Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu berkuat kuasa 10 Februari lalu.

Surat pelantikan beliau serta 21 ahli MAIWP yang baharu diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sini, semalam.

MAIWP dalam kenyataannya berkata, pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, Dr. Mohd. Daud, 57, yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  turut aktif dalam menjadi penasihat syariah institusi kewangan di peringkat antarabangsa seperti di Oman, Dubai, Perancis, London dan sebagainya.

Beliau menggantikan Datuk Seri Syed Hussien Abd. Kadir yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Januari lalu. 

“Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  Datuk Abdul Aziz  Jusoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP yang baharu,” katanya.

 

DR. MOHD. DAUD BAKAR

Selari dengan peruntukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta 505], lima ahli Ex-Officio turut dilantik.

Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri mewakili Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Idrus  Harun; Ketua Polis Kuala Lumpur,  Datuk Saiful Azly Kamaruddin; Mufti Wilayah Persekutuan,  Datuk Dr. Luqman Abdullah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Seramai enam ahli MAIWP dari sesi lepas dilantik semula iaitu Tan Sri Dr. Abdul Aziz Rahman, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim, Datuk Anwari Suri, Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dan Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali. 

Individu lain yang dilantik ialah Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Datuk Rameli Musa, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md. Noor, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Datuk Abdul Rahman Putra Taha.

   

DR. MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

                                                             

Selain itu, beberapa pakar turut diperkenan sebagai ahli MAIWP iaitu Dr. Yusri Mohamad, Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Zainal Abidin Shaikh Zakaria dan Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor.

 

 

 

 

 

 

MOHD. AJIB ISMAIL

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Ajib Ismail pula dilantik sebagai Setiausaha MAIWP.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya