Bapa tiri 'Adik' pernah  didakwa tampar isteri  - Utusan Malaysia

Bapa tiri ‘Adik’ pernah  didakwa tampar isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek yang juga bapa tiri kepada kanak-kanak yang ditemui maut dipercayai akibat didera  di Taman Krubong Jaya, Jumaat lalu pernah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan memukul isterinya pada 8 September 2020

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali mengesahkan perkara tersebut dalam sidang akhbar  di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini hari ini. 

“Kita mengesahkan suspek lelaki iaitu bapa tiri mangsa pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas kesalahan memukul isterinya. 

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes ini,” katanya ringkas. 

Menurut beliau, suspek berusia 38 tahun  dihadapkan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, yang ketika itu berusia 31 tahun dengan menampar pipi kanan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan  di rumah di Jalan KJ19 Taman Krubong Jaya dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 3 September lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Isnin lalu, jenazah kanak-kanak yang dipanggil Adik oleh keluarga angkatnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh.

 Majlis pengebumian kanak-kanak berusia tujuh tahun itu berlangsung kira-kira 35 minit dengan dihadiri keluarga kandung serta keluarga angkat Allahyarham. – UTUSAN

-habis///

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya