Baju pengacara jarang sangat - Utusan Malaysia

Baju pengacara jarang sangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARI itu Poklip ada menonton sebuah program berkonsepkan penyiasatan. Memang seronok kalau kita sendiri dapat lihat bagaimana pihak berkuasa membanteras jenayah. Rasa bangga dan hormat tau.

Tetapi yang menjadi kurang seronoknya apabila si pengacara wanita program itu macam tidak ambil kisah soal pemilihan busana. Mana tidaknya, dia memakai baju yang menampakkan pakaian dalamnya.

Aduh, sangat tidak manis tatkala memandang. Alangkah elok jika pemilihan pakaian menjadi antara kriteria utama sebelum ke udara. Jangan asal nampak cantik tetapi bahagian yang sepatutnya disorok, boleh dilihat dengan mata kasar.

Poklip bukan apa, ramai anak kecil menonton televisyen. Di kala media sosial sekarang dibanjiri oleh golongan wanita yang tanpa segan silu menayang apa yang ada, kita sebagai pihak media harus peka.

Namun Poklip tidak rasa pengacara itu sengaja menayangkan pakaian dalamnya. Dia mungkin tidak perasan atau tidak menyangka sama sekali, baju yang dipakai itu jarang serta memperlihat bentuk serta warna pakaian dalamnya.

Selepas ini, berhati-hati ketika memilih pakaian. Jangan main pakai apa sahaja busana yang diberi. Sebagai wanita, anda mempunyai hak untuk menolak. Kecuali kalau anda sendiri yang memang hendak menayang aset yang ada. Eh!

Apa pun terpulang kepada niat dan penerimaan masing-masing. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan Poklip. Mungklin ada yang berdiri menyokong. Tepuk dada tanya selera okay!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya