Angka Covid-19 bukan direka - Utusan Malaysia

Angka Covid-19 bukan direka

PDr. Adham Baba menunjukkan monitor pengawasan dan pemantauan CPRC Covid-19 kepada wartawan Utusan Malaysia, Maisarah Sheikh Rahim ketika ditemu bual di Kementerian Kesihatan, Putrajaya baru-baru ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19 yang meningkat sehingga melebihi 5,000 kes sehari baru-baru ini bukan direka kerajaan.

Setiap angka harian yang direkodkan diperoleh melalui data masa nyata yang dibangunkan oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Covid-19 Surveillence.

Data berkenaan merekodkan sejarah kes Covid-19 yang menular di sesuatu tempat, termasuk data lengkap individu positif di kawasan itu termasuk punca mereka dijangkiti.

Menjelaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dakwaan segelintir masyarakat bahawa kes harian itu dimanipulasi boleh dibuktikan melalui data real time yang dibangunkan CPRC Covid-19 Surveillence.

“Ini adalah data sebenar taburan kes positif di seluruh negara. Kamu lihat sendiri boleh dikatakan semua kawasan ‘merah’ menunjukkan ada sejarah kes Covid-19 berlaku di situ,” katanya.

Dr. Adham turut menunjukkan skrin utama yang memaparkan maklumat kes Covid-19 yang merebak di seluruh negara, sekali gus membuktikan setiap tempat ‘tidak selamat’ dan berisiko jangkitan wabak itu.

Utusan Malaysia menjadi media pertama berpeluang menyaksikan data masa nyata tersebut yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Data berkenaan merekodkan sejarah kes Covid-19 yang menular di sesuatu tempat, termasuk data lengkap individu positif di kawasan itu dan punca mereka dijangkiti.

“Jadi, bagaimana nak kata jumlah kes positif di negara ini hanya direka cipta semata-mata untuk kepentingan kerajaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu?

“Kamu tengok sendiri data-data yang dikumpulkan ini sebagai bukti, setiap tempat mesti ada kes Covid-19. Saya sendiri tidak boleh tidur lena memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan kes Covid-19 ini setiap hari,” katanya ketika ditemui di pejabat beliau baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN