Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri divaksin fasa pertama

Ahli Parlimen, ADUN divaksin fasa pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemimpin politik dalam kalangan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada dari kerajaan atau pembangkang akan diberikan vaksin Covid-19 dalam fasa pertama dan dikategorikan sebagai barisan hadapan. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu setelah diteliti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) sebagai mempertimbangkan kedudukan dan situasi bentuk kerja mereka yang perlu berdamping serta bertemu masyarakat di akar umbi berisiko terdedah dengan jangkitan Covid-19.

“Oleh sebab situasi bentuk kerja itu kita bersetuju ahli-ahli Parlimen dan ADUN tidak kira kerajaan atau pembangkang diberikan vaksin dalam fasa pertama untuk membolehkan mereka dapat menjalankan tugas berkesan dan selamat. 

“Bagaimanapun, kita minta menteri berkaitan untuk berbincang dengan pimpinan parti politik supaya bersetuju dan memahami keperluan itu untuk melaksanakan vaksinasi apabila diterima nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan  laman web www.VaksinCovid.gov.my, di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memberi bayangan kumpulan petugas media dan guru bakal diberikan pertimbangan sebagai antara penerima pertama vaksin Covid-19. 

Bagaimanapun, kata beliau, keutamaan kerajaan dalam fasa pertama adalah kepada petugas barisan hadapan bagi melindungi mereka dijangkiti wabak sekali gus memastikan perkhidmatan kesihatan, pertahahan dan keselamatan negara di tahap optimum.

“Saya setuju para wartawan, guru-guru juga kumpulan penting, namun memandangkan bekalan vaksin adalah terhad pada fasa pertama, kita perlu lebih selektif untuk memastikan sektor perkhidmatan perlu tidak terganggu dengan jangkitan Covid-19.

“Selepas lebih banyak bekalan vaksin diterima negara, lebih banyak pekerja termasuk wartawan dan guru akan divaksinasi,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, seramai 300,000 petugas kesihatan akan diberikan vaksin pada fasa pertama manakala 200,000 pula melibatkan petugas barisan hadapan bukan kesihatan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya