Sembilan inisiatif bantu mangsa banjir di Pahang - Utusan Malaysia

Sembilan inisiatif bantu mangsa banjir di Pahang

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kerajaan negeri menyediakan sembilan inisiatif bagi membantu kira-kira 47,000 mangsa banjir di negeri ini menghadapi tempoh pasca musibah tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), Rabu lalu.

Katanya, kerajaan negeri menyediakan sejumlah peruntukan untuk tempoh tertentu kepada kira-kira 14,000 ketua isi rumah (KIR) yang perlu menyewa akibat kehilangan rumah sepenuhnya.

“Kerajaan negeri juga bersetuju mempertimbang pemberian sumbangan secara sekali bayar pada kadar tertentu kepada KIR yang berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) setiap daerah.

“Inisiatif lain ialah memberi rebat kepada KIR sehingga RM15 bagi kegunaan air domestik untuk bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas bergotong-royong bersama Sukarelawan Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkarak, di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, bagi rumah yang kehilangan sepenuhnya, rebat penuh kegunaan air diberikan kepada KIR terbabit untuk bulan ini dan Februari.

Insentif lain, ujarnya, ialah pengecualian sewa untuk bulan ini kepada penyewa gerai-gerai milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terkesan banjir.

“Turut diberikan pengecualian sewa gerai-gerai PBT untuk satu tempoh sehingga gerai-gerai terbabit dipulihkan sepenuhnya bagi gerai yang mengalami rosak teruk akibat banjir,” katanya.

Beliau berkata, Pejabat Daerah dan Tanah dikehendaki mengemas kini maklumat terperinci tentang mangsa banjir termasuk jenis kerosakan rumah dialami bagi tujuan penyaluran bantuan susulan oleh kerajaan negeri, pertubuhan bulan kerajaan (NGO) serta sumbangan Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Katanya, Pejabat Daerah dan Tanah akan menyelaras usaha mengesan rumah-rumah mangsa banjir yang perlu diberi bantuan kerja-kerja penyelenggaran pendawaian elektrik yang rosak akibat banjir.

Tambah beliau, dalam pada itu kerajaan negeri juga bersetutu mewujudkan Pusat Penempatan Serbaguna (PPS) secara kekal di beberapa daerah seperti Kuantan, Pekan, Maran dan Temerloh.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah insentif dan peruntukan sedang diperincikan jawatankuasa khas kerana banjir baharu sahaja pulih.

Menurutnya, setakat ini sahaja, RM12 juta dibelanjakan bagi membantu mangsa banjir tidak termasuk bajet cadangan yang dipersetujui MMK Rabu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.