fbpx

27 Januari 2021, 9:48 pm

  TERKINI

Pemimpin perlu menjaga, melindungi komuniti dari Covid-19

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemimpin masyarakat atau diminta menjaga dan melindungi komuniti masingmasing daripada menjadi tempat penularan jangkitan COVID-19.

Mereka semua adalah frontliners di dalam komuniti dalam perjuangan melawan virus ini. Jalinkan kerjasama dengan pejabat kesihatan daerah, klnik-klinik kesihatan komuniti dan juga majlis
daerah untuk mendidik warga komuniti anda supaya mereka juga tahu bagaimana cara terbaik untuk mencegah jangkitan Covid-19 ini.

“Sebagai bukti komitmen kerajaan untuk memperkasakan komuniti, satu jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bersama Menteri Tugas-Tugas Khas
telah dibentuk untuk memastikan pelaksanaan langkah pemerkasaan komuniti dengan lebih berkesan.

“Anggaplah bahawa virus tersebut berada di dalam diri kita agar kita sentiasa berwaspada dan tidak leka dalam mematuhi SOP yang ditetapkan. Kita bergelak ketawa di luar bersama rakan dan
keluarga, tetapi kita sering lupa segala SOP dan petugas-petugas kesihatan kita yang bertungkus-lumus, mengorbankan masa bersama keluarga dan mengeluh bersendirian untuk mengawal
penularan jangkitan COVID-19 ini.

“Virus ini telah pun berada di dalam komuniti dan hidup bersama kita. Janganlah kita merasa terlalu selesa dan akhirnya mengabaikan langkah-langkah pencegahan yang begitu mudah
untuk kita amalkan seperti kerap mencuci tangan dengan sabun, memakai pelitup muka dengan betul, jaga jarak fizikal dan elakkan dari bersentuhan,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN