Pas yakin UMNO-Bersatu selesai konflik - Utusan Malaysia

Pas yakin UMNO-Bersatu selesai konflik

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas yakin UMNO akan menyelesaikan secara baik konflik antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan kepercayaan itu kerana UMNO belum memuktamadkan keputusan mengenai usul menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Bersatu.

Katanya, sebarang usul menolak kerjasama politik UMNO perlu diperhalusi di peringkat Majlis Tertinggi parti itu di samping Biro Politik dan dalam Perhimpunan Agung.

“Kami tidak mahu campur tentang hal itu dan saya percaya akan diurus dengan baik oleh UMNO, Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Kelmarin, UMNO bersetuju untuk membawa usul majoriti perwakilan bahagian yang menolak bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ke Perhimpuan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 31 Januari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga sebulat suara memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 bahagian UMNO yang telah bersidang selama tiga hari baru-baru ini di seluruh negara antaranya mempertahankan hubungan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya