Majlis Presiden PN puas hati penjelasan Ordinan Darurat - PM - Utusan Malaysia

Majlis Presiden PN puas hati penjelasan Ordinan Darurat – PM

MUHYIDDIN Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan PN secara sidang video, petang tadi. - FACEBOOK PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua 12 presiden parti Kerajaan Perikatan Nasional (PN)
berpuas hati dengan penjelasan berhubung pelaksanaan Ordinan Darurat, pengurusan darurat dan pengurusan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dicapai dalam
mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan PN yang berlangsung petang tadi secara dalam talian.

Menurut Perdana Menteri, ahli-ahli mesyuarat berkenaan turut menerima penjelasan dan perbincangan panjang lebar berhubung pelan imunisasi vaksin yang bermula bulan depan.

“Mesyuarat yang saya pengerusikan dihadiri oleh 12 Presiden parti dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, Pas, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden.

“Saya bersyukur bahawa mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang dua jam dalam suasana akrab dan muhibah telah menyambut baik taklimat mengenai Proklamasi Darurat dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan,
Datuk Dr. Norhizan Ismail,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Muhyiddin berkata, Majlis Presiden terus menjadi platform perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politik dalam kerajaan PN demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya