Limau mandarin 149.6 tan dirampas - Utusan Malaysia

Limau mandarin 149.6 tan dirampas

SEBAHAGIAN buah limau mandarin yang dirampas Maqis Johor kerana tiada Sijil Perakuan 3P Fama di PTP, Gelang Patah, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas limau mandarin seberat 149.6 tan metrik dari China yang bernilai RM531,525 di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, semalam.

Pengarahnya, Nur Afifah A. Rahman berkata, rampasan buah-buahan yang dimuat dalam enam kontena itu disebabkan limau mandarin tersebut tidak mempunyai Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam kontena itu menemukan buah limau mandarin seberat kira-kira 149.6 tan dengan bernilai RM531,525.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import, lesen atau perakuan yang sah daripada Maqis menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Afifah berkata, pemandu kontena berusia 30 tahun itu dilepaskan setelah diambil keterangan pada pukul 4 petang.

“Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit terhadap ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya