Lelaki ditahan kurang 24 jam selepas ragut guru - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan kurang 24 jam selepas ragut guru

RAKAMAN kamera litar tertutup memaparkan suspek menolak mangsa sebelum melarikan beg tangan di Eco Sanctuari, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang lelaki ditahan kurang 24 jam selepa meragut guru wanita dengan menggunakan senjata di Eco Sanctuari, Telok Panglima Garang, di sini pagi tadi.

Suspek berusia 25 tahun ditahan di sekitar Shah Alam kira-kira pukul 4 petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi apabila mangsa berada di tempat letak kereta didatangi seorang lelaki tidak dikenali ke arahnya menaiki motosikal ke arah pengadu dan mengacukan senjata.

Mangsa berusia 51 tahun ditolak dan terjatuh sebelum suspek bertindak meragut beg tangan pengadu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan seorang lelaki berusia 25 tahun.

“Suspek ditahan di kawasan Shah Alam iaitu kurang 24 jam selepas dilaporkan.

“Semasa tangkapan, kita merampas pelbagai barangan yang dipercayai adalah milik mangsa ragut dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambah Arjunaidi, suspek dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi satu minit 37 saat memaparkan seorang wanita diragut oleh lelaki yang menaiki motosikal dengan menggunakan senjata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.