JOHOR BAHRU: Kontraktor binaan yang mendapat projek atau tender sebelum harga barang binaan naik mendadak kini tersepit apabila terpaksa menampung kos tambahan ekoran perbezaan harga tersebut. Sebagai contoh, kontraktor sebuah syarikat yang mendapat kerja pembinaan bernilai RM30,000 pada awal Disember lalu, kini terpaksa menambah kira-kira 30 peratus lagi kos tambahan terbabit apabila beberapa barangan naik harga. Bukan sahaja besi yang kini mencecah harga antara RM28 bagi setiap batang berbanding RM20…










