Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran ditahan - Utusan Malaysia

Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran ditahan

KAPAL tangki membawa minyak yang ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Pulau Buloh dekat Lumut, Perak, Sabtu lalu. - MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri di kedudukan 4.4 batu nautika selatan Pulau Buloh, dekat sini kelmarin.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot Penggalang 13 yang sedang melaksanakan Op Pintas mengesan sebuah kapal tangki berlabuh dan mencurigakan di sekitar perairan Pulau Buloh pada pukul 1.15 petang.

“Kapal yang berdaftar di Sierra Leone itu membawa muatan minyak dalam perjalanan dari Linggi, Melaka ke Indonesia bersama 23 kru termasuk master terdiri daripada warga India, Bangladesh, Pakistan dan Sri Lanka berumur antara 30 hingga 65 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, Kapal tersebut ditahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) (Pindaan) 2016 kerana disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan, pihak berkaitan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“Kesemua kru bersama kapal ditahan di ‘South East Point’ (SEP) Pulau Pangkor bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, penahanan itu membuktikan Maritim Malaysia sentiasa bersiap siaga dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP).

Tegasnya, APMM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menguatkuasakan undang-undang dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Pengusaha atau pemilik bot hendaklah mematuhi undang-undang demi memastikan kesejahteraan perairan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya