IPOH: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak akan mendapatkan kebenaran Menteri Besar sebelum menjawab secara fakta mengenai dakwaan seluas 641.6 hektar tanah rizab Melayu telah dipindah milik kepada bukan Melayu. Pengarah PTG Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, pihaknya akan bertemu dengan Menteri Besar hari ini untuk mendapatkan kebenaran tersebut. “Kami sudah bersedia menunjukkan bukti-bukti kepada Menteri Besar bagi menyangkal dakwaan berkenaan dan akan memberikan maklum balas perundangan mengenai…