Setelah UMNO bertelingkah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) isu saingan pilihan raya umum ke-15, adakah ia meletakkan Pas dalam dilema – diluah mati emak, ditelan mati bapa? Ini kerana kalangan pemimpin Pas sudah pun dilantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN), gabungan yang tidak disertai UMNO/Barisan Nasional (BN). Bagaimana pula dengan agihan kerusi yang difahamkan sudah 80 peratus disepakati formula atau kriterianya oleh UMNO-Pas menerusi Muafakat Nasional…










