Dua beranak meninggal dunia selang 12 jam - Utusan Malaysia

Dua beranak meninggal dunia selang 12 jam

WAN AZHARUDDIN WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selang 12 jam selepas anak lelakinya menghembus nafas terakhir di rumah mereka di Kampung Baru Temoh Stesen, Temoh di sini semalam.

Hasbollah Ahmad, 75, meninggal dunia pada pukul 10 malam selepas kematian anaknya, Zulfahmi, 46, pada pukul 10.50 pagi hari sama.

Difahamkan, Hasbollah yang mengalami strok turut menghidap beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, awalnya polis menerima maklumat berhubung seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di luar bilik air rumahnya.

Katanya, pemeriksaan mendapati lelaki itu meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit menghidap penyakit kencing manis, saluran jantung tersumbat dan darah tinggi selain pernah menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan Kampar.

“Pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan dia tiada sejarah perjalanan ke lokasi lain dalam tempoh sebulan lepas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada sebelah malamnya pula, polis menerima maklumat kematian bapa lelaki berkenaan pada pukul 10 malam.

Katanya, bapa mangsa disahkan meninggal dunia akibat kompilasi penyakit yang dialaminya.

“Kedua-dua kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya