Broker mengaku tidak bersalah pukul dua kucing hingga mati - Utusan Malaysia

Broker mengaku tidak bersalah pukul dua kucing hingga mati

SEORANG broker wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pagi ini atas dakwaan memukul dua ekor kucing betina sehingga mati dalam kejadian pada Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWROTH: Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul dua ekor kucing betina sehingga mati ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Hah Choy Kheng, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, dia yang juga juga seorang broker dengan kejam didakwa memukul seekor kucing betina baka tempatan berwarna jingga dan seekor anak kucing betina baka tempatan berwarna putih-kelabu dengan besi sepanjang 75 sentimeter hingga menyebabkan kematian kedua-dua kucing itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan kira-kira pukul 1.20 petang pada 29 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah pokok berhampiran pondok berbumbung di kawasan padang permainan Blok B1, Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini.

Perbuatan tersebut didakwa mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar negeri, Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh diwakili peguam, Shamsher Singh Thind.

Tertuduh dibenar diikat jamin sebanyak RM10,000 manakala tarikh sebutan semula ditetapkan pada 4 Mac depan.

Akhbar sebelum ini melaporkan polis menahan seorang wanita selepas memukul dua ekor kucing iaitu kucing sedang bunting sehingga mati, manakala seekor lagi cedera di bawah sebuah flat di Seberang Jaya di sini.

Dia dikatakan bertindak demikian kerana berang selepas mendakwa beberapa ekor kucing membuang air di hadapan rumahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.